Wednesday, June 30, 2010

ikan masak asam


bahan-bahan: 
ikan 
asam jawa

cara-cara memasak:
1. goreng ikan 
2. dengan minyak lain, tumis hirisan bawang merah, bawang putih
    lada merah/hijau, cili api dan halia
3. selepas kekuningan, masukkan air asam pekat lebih kurang 3 cawan
4. masuk garam, serbuk perasa
5. tuang atas ikan goreng tadi

cepat, mudah dan sedap. 
selamat mencuba.

Tuesday, May 4, 2010

sup tulang campur celery


bahan-bahan utama:
tulang lembu
celery

cara-cara memasaknya:
1. rebus tulang yg dibasuh bersih
2. masukkan bersama sup bunjut
    rebus hingga benar-benar empuk mungkin sehingga 1-2jam
3. tumis di kuali lain, bawang putih, bawang merah, halia yg dah dikisar
    tumis bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
4. setelah daging empuk, masukkan bahan tumisan tadi dalam rebusan daging
5. masukkan kentang jika mahu
6. bila kentang hampir empuk, masukkan pula celery dan cili api
7.masukkan tomato, daun sup yg dihiris halus dan bawang goreng.
8.boleh dihidang.

sedap dimakan panas2 dgn nasi atau meehoon.
;p

Thursday, April 29, 2010

bihun goreng singapore


bahan utama:
bihun
lada hitam

cara-cara memasak:
1. tumis bawang putih,bawang merah yg dikisar/tumbuk
2. masukkan perencah ayam/daging/seafood
3. masukkan air mengikut kuantiti bihun
4. masukkan lada hitam yang dah ditumbuk halus
    (tak perlu banyak, cukup untuk menerbitkan rasa pedas)
5. masukkan bihun yg dah direndam dgn air sejuk (tos)
6. masukkan sayur
7. goreng sampai kering air

siap, boleh makan dgn telur dadar yang dipotong kecil2
mudah dan simple
sekali sekala nak ubah selera boleh la. 
;p

Tuesday, April 13, 2010

sian blog masak aku ni


dah penuh sawang dah blog masak aku ni
nanti2 aku update masakan eh
bg yg tak tahu blog lain aku
jom layan

v
v
v
v
v

Tuesday, March 2, 2010

roti goreng


bahan utama- roti,tepung,telur

cara-cara membuatnya
1. bancuh tepung gandum, garam, telur, air dan hirisan bawang
2. celup roti dgn bancuhan tadi
3. goreng dalam minyak panas

mudah dan simple
sedap makan panas2 cicah dgn sos
hubby suke sgt

Sunday, February 14, 2010

Kelahiran terbaru dan Cabutan Bertuah Cikmin.com

~sticky entry sehingga 14hb feb~

Cikmin.com merupakan sebuah laman blog peribadi yang mengisahkan tentang cikmin dan keluarga,disamping itu cikmin.com juga tempat cikmin berkongsi petua,resepi masakan,luahan perasaan,tips2 berguna untuk dimanfaatkan bersama.Semoga kelahiran cikmin.com yang amat istimewa ini akan terus mendapat sokongan padu dari anda semua.Salam untuk semua dan Terima Kasih.

Friday, February 5, 2010

kuih sagu


bahan-bahan
1 cawan sagu biji (boleh beli yg da warna)
1 cawan gula pasir
3 cawan air
pewarna
daun pandan
(kalau nak sikit,guna cawan kecik)

cara-cara membuatnya:
1. bersihkan sagu dengan air dan tos elok2
2.masak gula bersama air dan daun pandan
3. masukkan sagu serta pewarna (sirap) dan kacau hingga kembang
    pastikan biji sagu tu betul2 dah kembang baru angkat
    kalau tak, tak sedap nanti
4. bila dah sejuk gaulkan dengan kelapa parut yg dan
    digaul dengan garam
5. sedap dimakan sejuk2...

selamat mencuba!!