Tuesday, August 31, 2010

Daging goreng blackpepper


Bahan-bahan: Daging dan lada hitam

Cara-cara memasaknya:
1.lada hitam ambil dalam sesudu kecil dan tumbuk
2. potong daging nipis-nipis dan perap dgn
    sos tiram dan lada hitam yang dah ditumbuk tadi
3. perap dalam 30minit
4. goreng daging tadi sampai empuk
5. masukkan garam, serbuk perasa
6. masukkan hirisan bawang besar dan lada merah

siap. boleh juga tambah madu ganti gula bagi yg suka.
mudah je kan. ;)

Saturday, August 14, 2010

resepi roti john



Bahan-bahan utama: roti john, telur

cara-cara memasak:
1. ada dua kaedah, samada daging nak tumis atau rebus dulu
    tapi aku prefer daging tu rebus, less oily
2. then masukkan daging dalam telur, bersama beberapa
     sudu air rebusan daging (kalau daging direbus)
 3. pukul telur bersama bawang merah yg dah di dadu kecil
4. lada hitam yg dah ditumbuk lebih kurang satu sudu kecil
5. masukkan serbuk kari daging
6. masukkan few drop of seasoning (option)
7. garam beberapa cubit
8. sapu marjerin atas pan dan letak roti yang dah dibelah bhg tgh
9. bole letak sayuran timun atau kubis kalau suka
    bersama sos cili dan tomato

Wednesday, July 7, 2010

kentang masak kicap-ultimate feveret!!

resepi turun temurun, wahh.. ;p
sangat suka masakan ni, dari zaman opah, ibu, makcik2, sampai  ke anak cucu
ceh... lauk simple tapi jadi feveret, serius sedap

Bahan-bahan: kentang, kicap

Cara-cara masak:

1. kentang potong nipis-nipis goreng.
2. asingkan kentang, tumis cili api, bawang merah dan cabai besar yg ditumbuk
3. da naik bau, masukkan kicap. paling sedap pakai kicap jalen kuning. tapi yg lain pun ok.
4. masukkan kentang, kacau.
5. jangan masukkan air dan garam.

simple je, tapi lauk ni makan ngan nasi panas, mmg terbaekkk
hubby pun suke, selalu ckp lauk simple tapi sedap. ;p

Wednesday, June 30, 2010

ikan masak asam


bahan-bahan: 
ikan 
asam jawa

cara-cara memasak:
1. goreng ikan 
2. dengan minyak lain, tumis hirisan bawang merah, bawang putih
    lada merah/hijau, cili api dan halia
3. selepas kekuningan, masukkan air asam pekat lebih kurang 3 cawan
4. masuk garam, serbuk perasa
5. tuang atas ikan goreng tadi

cepat, mudah dan sedap. 
selamat mencuba.

Tuesday, May 4, 2010

sup tulang campur celery


bahan-bahan utama:
tulang lembu
celery

cara-cara memasaknya:
1. rebus tulang yg dibasuh bersih
2. masukkan bersama sup bunjut
    rebus hingga benar-benar empuk mungkin sehingga 1-2jam
3. tumis di kuali lain, bawang putih, bawang merah, halia yg dah dikisar
    tumis bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
4. setelah daging empuk, masukkan bahan tumisan tadi dalam rebusan daging
5. masukkan kentang jika mahu
6. bila kentang hampir empuk, masukkan pula celery dan cili api
7.masukkan tomato, daun sup yg dihiris halus dan bawang goreng.
8.boleh dihidang.

sedap dimakan panas2 dgn nasi atau meehoon.
;p

Thursday, April 29, 2010

bihun goreng singapore


bahan utama:
bihun
lada hitam

cara-cara memasak:
1. tumis bawang putih,bawang merah yg dikisar/tumbuk
2. masukkan perencah ayam/daging/seafood
3. masukkan air mengikut kuantiti bihun
4. masukkan lada hitam yang dah ditumbuk halus
    (tak perlu banyak, cukup untuk menerbitkan rasa pedas)
5. masukkan bihun yg dah direndam dgn air sejuk (tos)
6. masukkan sayur
7. goreng sampai kering air

siap, boleh makan dgn telur dadar yang dipotong kecil2
mudah dan simple
sekali sekala nak ubah selera boleh la. 
;p

Tuesday, April 13, 2010

sian blog masak aku ni


dah penuh sawang dah blog masak aku ni
nanti2 aku update masakan eh
bg yg tak tahu blog lain aku
jom layan

v
v
v
v
v