Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

ikan masak asam


bahan-bahan: 
ikan 
asam jawa

cara-cara memasak:
1. goreng ikan 
2. dengan minyak lain, tumis hirisan bawang merah, bawang putih
    lada merah/hijau, cili api dan halia
3. selepas kekuningan, masukkan air asam pekat lebih kurang 3 cawan
4. masuk garam, serbuk perasa
5. tuang atas ikan goreng tadi

cepat, mudah dan sedap. 
selamat mencuba.

Sunday, January 31, 2010

siakap 3 rasa


bahan-bahan:
ikan siakap

cara-cara memasaknya:
1. ikan siakap dilumur garam dan kunyit,goreng sampai garing.
2. tumbuk halia,cili api, bawang putih
3. tumis bahan tumbuk tadi.
4. pastu masukkan lada kering blend
5. tumis sampai pecah minyak.
6. masukkan sos cili, gula lebih kurang satu sudu besar,
    garam, ajinomoto.
7. masukkan lada benggala dan tomato yg dah dipotong dadu
8.masukkan juga hirisan bawang besar dan lada merah.
   (tambah nenas yg potong dadu lagi sedap)
9. kepekatan ikut suka, boleh tambah air semangkuk kecil
    selepas tumis awal2 tadi.
10. bila kepekatan dah sesuai, siap dan
     tuang atas ikan siakap yg digoreng tadi.

senang dan mudah. sedap ;p
boleh jugak gune ikan lain

Wednesday, January 13, 2010

kari ikan




Bahan-bahan
Ikan, Santan

Cara-cara membuat:
1. bawang putih, bawang merah, halia diblend atau hiris halus2
2. tumis bahan blend tadi bersama kulit kayu manis ~2cm
3. masukkan daun kari setangkai dan halba campur
4. tumis rempah kari yg dah dibancuh bersama cili boh dgn air panas
    ini untuk memudahkan tumis tak lah kering sgt
5. bila dan pecah minyak,masukkan air asam, kemudian masukkan air
6. masukkan ikan
7. masukkan garam, ajinomoto secukup rasa
8. kalau nak masuk bendi pun boleh after masuk ikan tadi
9. selepas 10minit, masukkan santan
10. boleh masuk tomato kalau nak bila dah nak tutup api,
    masukkan lada hijau/merah nak tambah seri

thats it
mudah je kan......
selamat mencuba!