Tuesday, August 31, 2010

Daging goreng blackpepper


Bahan-bahan: Daging dan lada hitam

Cara-cara memasaknya:
1.lada hitam ambil dalam sesudu kecil dan tumbuk
2. potong daging nipis-nipis dan perap dgn
    sos tiram dan lada hitam yang dah ditumbuk tadi
3. perap dalam 30minit
4. goreng daging tadi sampai empuk
5. masukkan garam, serbuk perasa
6. masukkan hirisan bawang besar dan lada merah

siap. boleh juga tambah madu ganti gula bagi yg suka.
mudah je kan. ;)

Saturday, August 14, 2010

resepi roti john



Bahan-bahan utama: roti john, telur

cara-cara memasak:
1. ada dua kaedah, samada daging nak tumis atau rebus dulu
    tapi aku prefer daging tu rebus, less oily
2. then masukkan daging dalam telur, bersama beberapa
     sudu air rebusan daging (kalau daging direbus)
 3. pukul telur bersama bawang merah yg dah di dadu kecil
4. lada hitam yg dah ditumbuk lebih kurang satu sudu kecil
5. masukkan serbuk kari daging
6. masukkan few drop of seasoning (option)
7. garam beberapa cubit
8. sapu marjerin atas pan dan letak roti yang dah dibelah bhg tgh
9. bole letak sayuran timun atau kubis kalau suka
    bersama sos cili dan tomato

Wednesday, July 7, 2010

kentang masak kicap-ultimate feveret!!

resepi turun temurun, wahh.. ;p
sangat suka masakan ni, dari zaman opah, ibu, makcik2, sampai  ke anak cucu
ceh... lauk simple tapi jadi feveret, serius sedap

Bahan-bahan: kentang, kicap

Cara-cara masak:

1. kentang potong nipis-nipis goreng.
2. asingkan kentang, tumis cili api, bawang merah dan cabai besar yg ditumbuk
3. da naik bau, masukkan kicap. paling sedap pakai kicap jalen kuning. tapi yg lain pun ok.
4. masukkan kentang, kacau.
5. jangan masukkan air dan garam.

simple je, tapi lauk ni makan ngan nasi panas, mmg terbaekkk
hubby pun suke, selalu ckp lauk simple tapi sedap. ;p

Wednesday, June 30, 2010

ikan masak asam


bahan-bahan: 
ikan 
asam jawa

cara-cara memasak:
1. goreng ikan 
2. dengan minyak lain, tumis hirisan bawang merah, bawang putih
    lada merah/hijau, cili api dan halia
3. selepas kekuningan, masukkan air asam pekat lebih kurang 3 cawan
4. masuk garam, serbuk perasa
5. tuang atas ikan goreng tadi

cepat, mudah dan sedap. 
selamat mencuba.

Tuesday, May 4, 2010

sup tulang campur celery


bahan-bahan utama:
tulang lembu
celery

cara-cara memasaknya:
1. rebus tulang yg dibasuh bersih
2. masukkan bersama sup bunjut
    rebus hingga benar-benar empuk mungkin sehingga 1-2jam
3. tumis di kuali lain, bawang putih, bawang merah, halia yg dah dikisar
    tumis bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
4. setelah daging empuk, masukkan bahan tumisan tadi dalam rebusan daging
5. masukkan kentang jika mahu
6. bila kentang hampir empuk, masukkan pula celery dan cili api
7.masukkan tomato, daun sup yg dihiris halus dan bawang goreng.
8.boleh dihidang.

sedap dimakan panas2 dgn nasi atau meehoon.
;p

Thursday, April 29, 2010

bihun goreng singapore


bahan utama:
bihun
lada hitam

cara-cara memasak:
1. tumis bawang putih,bawang merah yg dikisar/tumbuk
2. masukkan perencah ayam/daging/seafood
3. masukkan air mengikut kuantiti bihun
4. masukkan lada hitam yang dah ditumbuk halus
    (tak perlu banyak, cukup untuk menerbitkan rasa pedas)
5. masukkan bihun yg dah direndam dgn air sejuk (tos)
6. masukkan sayur
7. goreng sampai kering air

siap, boleh makan dgn telur dadar yang dipotong kecil2
mudah dan simple
sekali sekala nak ubah selera boleh la. 
;p

Tuesday, April 13, 2010

sian blog masak aku ni


dah penuh sawang dah blog masak aku ni
nanti2 aku update masakan eh
bg yg tak tahu blog lain aku
jom layan

v
v
v
v
v

Tuesday, March 2, 2010

roti goreng


bahan utama- roti,tepung,telur

cara-cara membuatnya
1. bancuh tepung gandum, garam, telur, air dan hirisan bawang
2. celup roti dgn bancuhan tadi
3. goreng dalam minyak panas

mudah dan simple
sedap makan panas2 cicah dgn sos
hubby suke sgt

Sunday, February 14, 2010

Kelahiran terbaru dan Cabutan Bertuah Cikmin.com

~sticky entry sehingga 14hb feb~

Cikmin.com merupakan sebuah laman blog peribadi yang mengisahkan tentang cikmin dan keluarga,disamping itu cikmin.com juga tempat cikmin berkongsi petua,resepi masakan,luahan perasaan,tips2 berguna untuk dimanfaatkan bersama.Semoga kelahiran cikmin.com yang amat istimewa ini akan terus mendapat sokongan padu dari anda semua.Salam untuk semua dan Terima Kasih.

Friday, February 5, 2010

kuih sagu


bahan-bahan
1 cawan sagu biji (boleh beli yg da warna)
1 cawan gula pasir
3 cawan air
pewarna
daun pandan
(kalau nak sikit,guna cawan kecik)

cara-cara membuatnya:
1. bersihkan sagu dengan air dan tos elok2
2.masak gula bersama air dan daun pandan
3. masukkan sagu serta pewarna (sirap) dan kacau hingga kembang
    pastikan biji sagu tu betul2 dah kembang baru angkat
    kalau tak, tak sedap nanti
4. bila dah sejuk gaulkan dengan kelapa parut yg dan
    digaul dengan garam
5. sedap dimakan sejuk2...

selamat mencuba!!


roti telur lada hitam


Bahan-bahan:
roti,telur.lada hitam

cara-cara membuatnya
1. tumbuk lada hitam bersama bawang merah
2. kacaukan telur dan masukkan bahan tadi
3. potong roti kecik2 kalau nak lebih mudah makan
    dan celup dalam telur tadi
4. bakar atas pan dgn marjerin
5. lepas dah siap, boleh tabur gula bg yg suka manis

 
*telur yg dah dicampur bahan tumbuk*


*masak atas pan dgn marjerin*

siap,boleh pelbagaikan menu sarapan pagi atau minum ptg
;p

Thursday, February 4, 2010

udang goreng kunyit


bahan-bahan
udang

cara-cara memasak
1. tumbuk bawang putih,halia,cili api,kunyit hidup(jika ada)
2. tumis bahan tadi
3. masukkan udang yg dah digaul garam dan serbuk kunyit
4.masukkan sikit ajinomoto
5. masukkan lada yg dah dihiris, bawang besar potong bulat
6. boleh campur kubis bunga dan karot kalau suka.

siap.
mudah dan ringkas.

Tuesday, February 2, 2010

coconut shake


Bahan:
kelapa muda, aiskrim

Cara-cara membuatnya:
1.Blend air kelapa dan isinye bersama
   susu pekat manis dan sedikit gula
2.tuang dalam cawan
2.tambah ais
3.tambah aiskrim, ikut perisa kegemaran korang

itu je....
boleh layan diwaktu terik mentari
woooaa mmg sedap.........

Sunday, January 31, 2010

siakap 3 rasa


bahan-bahan:
ikan siakap

cara-cara memasaknya:
1. ikan siakap dilumur garam dan kunyit,goreng sampai garing.
2. tumbuk halia,cili api, bawang putih
3. tumis bahan tumbuk tadi.
4. pastu masukkan lada kering blend
5. tumis sampai pecah minyak.
6. masukkan sos cili, gula lebih kurang satu sudu besar,
    garam, ajinomoto.
7. masukkan lada benggala dan tomato yg dah dipotong dadu
8.masukkan juga hirisan bawang besar dan lada merah.
   (tambah nenas yg potong dadu lagi sedap)
9. kepekatan ikut suka, boleh tambah air semangkuk kecil
    selepas tumis awal2 tadi.
10. bila kepekatan dah sesuai, siap dan
     tuang atas ikan siakap yg digoreng tadi.

senang dan mudah. sedap ;p
boleh jugak gune ikan lain

Tuesday, January 26, 2010

sup maggi-versi segera



yang ni versi segera sebab guna maggi perasa sup

bahan2-maggi perasa sup,

cara-cara membuat=
1. letak mintak dalam 1 sudu kecil dalam kuali
2. masukkan segala bahan perasa dalam paket maggi
3. tumis.
4. masukkan air dalam 3 cawan
5. tabur hirisan bawang, lada
6. masukkan maggi,
7. bile maggi dah lembut sikit, masukkan telur
    (pastikan telur tak lekat kat kuali)
8. masuk tomato

siap dan cepat sebab guna yg dah siap bahannya
sedap!
boleh layan sekali sekala....

Friday, January 22, 2010

cekodok pisang



Bahan: Pisang,tepung gandum

cara-cara membuat:
1. lenyekkan pisang
2. campurkan tepung,
    (kuantiti tepung kurang dari pisang,kalau tak keras)
3. masukkan gula, biar manis sikit, tawar kurang sedap
4. gaul sampai rata
5.goreng bulat2 sampai garing

siap!
mudah sgt2 kan.
~boleh masukkan serbuk penaik kalau suka

Wednesday, January 20, 2010

sambal tumis ikan bilis



Bahan-bahan: Ikan bilis, lada kering

cara-cara membuat:
1. goreng ikan bilis, angkat dan asingkan dulu.
    kuantiti ikut suka masing-masing
2. tumis bawang merah dan bawang putih yg dah ditumbuk
3. masukkan cili boh/cili kering blend
4. biar sampai pecah minyak.
5. masukkan air asam, garam, gula,ajinomoto
    (untuk buat sambal tumis, biar manis sikit, baru sedap)
     letak sekurang2nya 2 sudu besar gula utk satu hidangan
6.  pastu biar sampai agak kering lada dan jadi warna gelap sikit
     (kalau lada kering jadi gelap sikit, baru sedap rasenye
7. masukkan ikan bilis, kacau.
8. boleh masukkan hirisan bulat lada besar kalau suka.

thats it.
selamat mencuba
boleh makan dgn nasi lemak, jemput2, nasi putih....
~saya masak memang tak guna belacan
;)

Monday, January 18, 2010

jemput-jemput ikan bilis



Bahan- Tepung gandum,telur.

cara-cara membuatnya:
1. ikan bilis rendam kemudian tumbuk
2. hiris nipis bawang merah/besar dan lada besar
3. masukkan sebiji telur dalam tepung. kalau nak buat byk gune 2biji
4. tambah air sampai tepung sebati ngan air.
5. masukkan ikan bilis,lada dan bawang tadi.
6. letak garam sikit,ajinomoto sikit.
7. biar bancuhan sederhana, tak terlalu pekat, tak cair.
    kalau tercair tambah tepung.

boleh goreng dgn api sederhana.
kalau daku suka goreng tak tebal
lagi garing lagi sedap. ;)
selamat mencuba.

note: ada org suka letak serbuk penaik sikit.
        ikut selera kalian.

Friday, January 15, 2010

Nasi goreng kampung



Bahan: Nasi, Ikan bilis, Telur, Sayur

Cara-cara membuat
1. ikan bilis ~segenggam rendam dalam 10minit
    (ini untuk memudahkan hancur masa tumbuk)
2. tumbuk bawang, cili api, lada merah/hijau, bawang putih,ikan bilis td
3. panaskan minyak, masukkan telur, kacau
4. masukkan bahan yg ditumbuk tadi
    tumis sampai naik bau
5. masukkan nasi yg dah dileraikan
6. masukkan sayur
7. garam, ajinomoto secukupnya
8. kacau sampai nasi kering
9. tabur ikan bilis goreng (kalau suka)

siap!
kalau nak makan dgn telur goreng
tak payah masukkan telur masa awal tadi pun sedap

selamat mencuba!

masak daging kicap berkentang



Bahan: Daging, kentang

Cara-cara membuat
1. potong kentang sederhana nipis, goreng
2. angkat kentang, goreng daging yang dah digaul dgn garam,kunyit
3. bila dah msukkan daging tadi, masukkan air asam supaya daging empuk
    kalau boleh tutup kuali, supaya daging lebih cepat empuk.
    masak sekurg2nya 1/2jam
4. bila air dah kering, daging dah lembut,
    masukkan cengkih,bunga lawang, kulit kayu manis
    (daging tak perlu keluarkan dari kuali)
    bg yg nak lebih pedas, letak cili boh sikit
5. masukkan pulak bawang putih dan halia yang dah ditumbuk/hiris halus
6. masukkn dua btg serai yang dah dititik/diketuk hujungnya
7. masukkan kentang tadi
8. masukkan kicap manis +kicap biasa
    beserta air mengikut citarasa nak pekat/cair
9.  masukkan lada hijau,cili api dan hirisan bawang besar
    (cili api boleh tumbuk jika nak pedas)

siap. mudah dan sedapselamat mencuba!

note: proses yang sama juga untuk ayam
cuma ayam masa goreng sekejap je